Monday, December 16, 2019

BBM3410: kALENDAR 2020





Alhamdulillah, Syukur yang tak terhhiingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapatla Aisyah menyiapkan kalendar ini. Pembuatan kalendaar ini merupakan satu pengalaman baharu bagi Aisyah terutamanya dalam mengendalikan Adobe Photoshop. Pengajaran yang Aisyah dapat dalam proses pembuatan kalendar ini ialah sikap sabar dan tidak mengeluh sehingga berjjaya. Alhamdulillah. 

BBM3410SATU (Vlog Makanan di Sepiring)

https://youtu.be/xSDsM2BqSY8



Assalammualaikkum, Alhamdulillah. Akhirnya siap juga tugasan kali ini. Disebabkan komitmen sebagai pelajar semester akhir ditambah lagi dengan kem-kem yang wajib dihadiri. Apapun, tanggungjawab melaksanakan tugasan tetap dijalankan.



Untuk video kali ini, aisyah berkolaborasi dengan kawan baik aisyah, kawan satu sekolah aisyah, Nizam. Bertempat di Sepiring, The Mines, Seri Kembangan, Selangor.



Dulu, ada deals setiap hari selasa. Buy 1 free 1. Tapi, disebabkan kami pergi hari ahad, harganya seperti harga standard.



Apa yang menarik di sepiring ni ialah pulut kuning / nasI ayam kunyit. Rasa pulut tu asli sangat. Terasa santan dia, lemak dia, jari dia pekat MasyaAllah.

Sunday, December 15, 2019

BBM3410SATU : LIKE dan COMMENT Prof di IG

Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah, tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Pelindung sekalian Alam. Semoga Allah melindungi setiap insan yang sudi membaca blog aisyah ini.

Pensyarah Multimedia dalam Bahasa saya, Prof. Dr. Normaliza mengatakan bahawa, kalau siaran di Instagram dapat LIKE /COMMENT. Aisyah akan diberikan markah tambahan. Alhamdulillah, bukan sahaja drpd Prof, bahkan Dr Aliaa juga LIKE dan COMMENT Aisyah punya siaran.

Suatu benda yang Aisyah belajar, kita mesti berhubungan baik dengan semua orang, menjalinkan silaturrahim dengan semua manusia agar hidup kita sentiasa ceria dan bahagia.

Di biawah ini adalah bukti LIKE dan COMMENT yang aisyah dapat.
















Selain itu, Aisyah juga ada mengikuti instagram anak anak Prof beserta menantu Prof sekali.


BBM3410SATU : youtube (VLOG Makan di SEPIRING)


 
Assalammualaikkum, Alhamdulillah. Akhirnya siap juga tugasan kali ini. Disebabkan komitmen sebagai pelajar semester akhir ditambah lagi dengan kem-kem yang wajib dihadiri. Apapun, tanggungjawab melaksanakan tugasan tetap dijalankan.

Untuk video kali ini, aisyah berkolaborasi dengan kawan baik aisyah, kawan satu sekolah aisyah, Nizam. Bertempat di Sepiring, The Mines, Seri Kembangan, Selangor.

Dulu, ada deals setiap hari selasa. Buy 1 free 1. Tapi, disebabkan kami pergi hari ahad, harganya seperti harga standard.

Apa yang menarik di sepiring ni ialah pulut kuning / nasu ayam kunyit. Rasa pulut tu asli sangat. Terasa santan dia, lemak dia, jari dia pekat MasyaAllah.

Mari tonton di: https://youtu.be/xSDsM2BqSY8

Saturday, December 14, 2019

BBM3410SATU : (youtube : SAYA TAHU)




Assalammualaikum.
 Untuk video kali ini, Prof Normaliza sudah menetapkan muzik latar yang akan digunakan. Bagi saya, lagu ini adalah lagu yang paling sayu pernah saya dengar.

Dalam video ini, saya merupakan seorang oelakon yang menjadi ibu kepada watak utama. Saya membawa watak sebagai seorang ibu yang tidak punya rasa sabar dan kasih sayang terhadap anak autisma.

Oleh itu, marilah saksikan video ini di https://youtu.be/j_d9Uf5W2Po

BBM3410SATU : (youtube : penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran)



Assalammualaikum.

Video kali ini kami ditugaskan untuk menemu ramah seirang oensyarah dan seorang oelajar tentang oenggunaan. Multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.

Multimedia adalah proses komunikasi interaktif berasaskan teknologi komputer yang menggabungkan penggunaan pelbagai unsur media digital seperti teks, audio, grafik, animasi dan video untuk menyampaikan maklumat. Multimedia adalah kata gabungan yang merujuk banyak dan kepelbagaian alat atau perantara komunikasi. Multimedia juga boleh merujuk kepada penggunaan teknologi komputer untuk mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.

Multimedia sangat berguna dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu mari kita saksikan di https://youtu.be/uiduY6_Ib-I


BBM3410SATU : youtube (seram dan tragedi)

AMARAN
pesakit jantung tidak dibenarkan menonton cerita ini kecuali dipantau oleh penjaga.



Assalammualaikkum.
Cerita ini merupakan sebuah cerita seram pembunuhan dan melibatkan enyiti yang tidak mahu dilihat oleh sesiapapun. Oleh itu, bacalah doa pelindung sebelum menonton.

Filem ini dirakam pada malam jumaat tepat pukul 12 tengah malam bagi merasai sendiri pengalaman merekod video seram tragedi. Bertempat di kolej 12 b UPM.

Tugas saya adalah sebagai seorang cameraman sebalik tabir. Ini merupakan tugasan yang paling mencabar kerana ditakuti terakan sesuatu yang tidak diingina semasa melakukan penggambaran filem ini
Boleh tomton di : https://youtu.be/9gt9aj2KNG8



BBM3410SATU : youtube (serbuk pencuci baju)



Assalammualaikkum,

Kelas hari ni Prof Normaliza ajar buat copywriting.
Sebenarnya, bidang copywriting ni merupakan satu bidang yang mendapat permintaan tinggi sesuai dengan lambakan penjualan produk baru yang sentiasa bersaing. Oleh itu, pelajaran kali ini saya belajar tentang teknik copywriting dan kreativiti.

Di sini saya ingin berkongsi tentang beberapa teknik copywriting yang saya amalkan sepanjang saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan atas talian.

1. Ayat yang digunakan mestilah ringkas, mudah difahami dan berupaya menarik perhatian pelanggan.

2. Ilustrasi yang digunakan mestilah menarik dan lain daripada yang lain.

3. Sebarkan post tentang seauatu iklan pada masa - masa "favourite" pengguna laman sosial menggunakan aplikasi laman sosial mereka. Seperti pagi selepas breakfast, tengah hari selepas lunch, dan petang selepas balik kerja. Tujuannya, supaya iklan itu dapat dicapai oleh banyak orang.

D'rose production membuat satu iklan tentang sabun basuh baju. Ada yang tak pernah terfikir dek akal gula gula pun holeh jadi sabun basuh baku kan.

Boleh tonton di : https://youtu.be/NjCez7Dakms

BBM3410SATU : youtube (video fokus: tasbih)

Assalammualaikkum, untuk video fokus kali ini, saya merupakan pereka papan cerita. (baru aisyah sedar selama ni aisyah ada bakat terpendam mereka cerita dan membuat skrip drama).

Cerita ini mengisahkan tentang seutas tasbih yang diberikan oleh ibu kepada anaknya (seorang lelaki)

Ikutilah perjalanan cerita tasbih cinta ini sampailah ke akhirnya. Pasti anda akan mengalami beribu ribu macam perasaan.

Boleh tengok di : https://youtu.be/c7MzGMhMvA0

BBM3410SATU : youtube (vlog konvokesyen UPM 43)




Alhamdulillah.
Untuk video Vlog ini, bagi diri saya sendiri, saya amat tak sabar nak bergraduasi tahun hadapan. Apa yang menjentik hati saya adalah apabila melihat kedatangan ahli keluarga yang menyambut anaknya, meraikan segala penat lelah seorang anak yg berusaha belajar hingga berjaya bergraduat.
Bermacam macam ragam. Ada sedih- kisah seorang makcik yang menangis sebab anaknya grad.
Ada yang kelakar- menemu ramah warga nigeria yang sangat teruja untuk diwawancara.

Yang palung hebat ialah sambutan Prof Dr Normaliza. Kami jerit jerit panggil Prof dari bawah stage. Kami yang seramai 60 orang menjerit nama Prif. Prof famous sekejap waktu tu. Hahaha seronok sangat MasyaAllah. Alhamdulillah.

Boleh tengok di : https://youtu.be/MbynmBmQWcQ

BBM3410SATU2019 : youtube (one shot 3 layer)



Assalammualaikkum. 

Alhamdulillah. Ini adalah hasil daripada penat lelah kami (D'rose Production) menghasilkan video ini. 

Dalam video ini, saya menjadi pengarah. Pertama sekali, pemilihan lagu dibuat secara persetujuan sebulat suara. 
Tempat, pada awalnya kami cadang di Bukit Expo UOM, tetapi tempatnya teramatlah jauh dari kolej kami (kolej serumpun) 
Maka, di sinilah kami melakukan oengambaran. Alhamdulillah, ada khemah, ada 3rd layer. So menjadi. 
Cabarannya adalah bila dah record, tiba tiba tergelak, terjatuh, terjeling camera. Semua pakat record lagi sekali. Sampai kita recird kali yang ke 8 baru jadi. Alhamdulillah. 


Monday, December 9, 2019

Ketika dan Kalimat Satu 2019

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, akhirnya dah nak sampai ke penghujung semester terakhir. Selepas ni, dah tak ada lagi kuliah, tak ada lagi jumpa kawan-kawan makan sama sama, tak ada lagi berebut naik bas denhan kawan kawan dan jalan kaki pergi kelas minor di Fakulti Ekologi dan Ekonomi. Sunghuh, aisyah pasti akan rindukan saat ini.

Kenangan yang paling indah semester ini bila banyak tugasan kumpulan. Setiap minghu jumpa muka yang sama, menjadikan persahabatan ini bertambah erat. Dah mula sayang setiap ahli kumpulan bagaikan keluarga bahkan nagaikan adik dan kakak sendiri. Sunghuh, selepas ini pasti akan aisyah rindukan kenangan bersama.

Untuk kawan yang membahagiakan aisyah;
Terima kasih kerana hadir dalam hidup aisyah, terima kasih kerana menjadi peneman aisyah sepanjang menjalani liku liku hidup di UPM. Terutamanya kawan-kawan minor HR aisyah ( atirah, amirah, hafizah, nadiah, elyana, elyani, suziela, atikah) terima kasih kawan. Banyak kenangan kita. Kita rebut bas sama sama, kita pergi program orang asli sama sama, kita tidur dalam hutan sama sama. Kita makan sama sama, kita jalan kaki sambil buat lawak dan gelak sampai tersedak sama sama. Pasti suatu saat nanti, kita akan terkenangkan memori indah ini.♥️😎

Untuk pensyarah² yang telah mendidik aisyah;
Aisyah minta maaf atas segala kesalahan, ketelanjuran mahupun apa sahaja walau sekecil zarah tingkah laku aisyah yang tak menyenangkan. Aisyah mohon agar diberikan keredhaan atas segala ilmu yang dicurahkan. Tanpa ilmu daripada pensyarah semua, aisyah- bukanlah siapa siapa. Aisyah hanya mampu doa, semoga Allah berikan kebaikan sepanjang hayat, keselamatan, kenahagiaan dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, amin.
Pensyarah yang aisyah kagumi Prof Dr Normaliza. Aisyah tak pernah stress pun dalam kursus ni. Aisyah enjoy buat tugasan setiap minhhu. Sebab aisyah sangat meminati bidang multimedia. Terima kasih Prof atas segala ilmu yanh dicurahkan ♥️😭

Untuk yang setia menemani aisyah dari zaman sekolah sampai zaman habis degree ;
huggah, lepasni kita dah susah jumpa dekat UPM, aisyah dah balik Klang, nanti kita jumpa kat Klang ya. Terima kasih kerana sentiasa ada setiap pagi ambil bawa pergi sarapan, tengah hari ambil bawa pergi lunch dan petang bawa pergi makan malam. Terima kasih juga kerana jaga aisyah dekat UPM baik baik, bawa aisyah jalan ke tasik waktu aisyah stress, belikan aisyah banyak coklat dan jajan, dan selalu ada waktu aisyah nangis, ketawa, sakit, sedih, kecewa, gembira, stress dll. I need you in in my life. Selamat menyambung disertasi. Semoga maju jaya lebih baik dari aisyah tau huggah ♥️🤗

Kenangan pahit: kereta termasuk dalam air banjir dan terkurung hampir 2 jam ibarat naik sampan sebab terapung. Dalam gelap, cahaya samar², hujan sangat lebat. Akhirnya kita berjaya selesaikan bersama² sampai pukul 1 pagi tunghu tow kereta sampai masuk kolej, lap kusyen perah air banjir malam malam, sambung jemur esok tengah hari, sabtunya kita balik klang maik tow. Tapi, inilah kenangan kita bersama. Bukti susah senang kita ada ♥️



Sunday, December 8, 2019

BBM3410SATU :instagram (emoji)

Berikut meruoakan emoji terkejut saya.

BBM3410SATU : instagram (Swafoto Bersama Prof Dr Normaliza)

Mari saya ceritakan tentang seorang pensyarah yang sangat popular di Fakukti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Nama beliau ialah Prof Dr Normaliza. Mesti kena sebut Prof. Kalau tak sebut Prof, kena marah teruk tau!
Prof Dr Normaliza ni sangat simple, happy go licky, bersahaja. Tengok lah, mengajar dalam kelas pun cakap kau-aku je. Jadi, rasa mcm sangat rapat. Macam kawan (tapi ji Prof weh jangan main-main)
.
Prof Dr N ni kerja dia MasyaAllah, setiap kinggu kena lergi keluar shooting. Tapi, saya suka sangat sebab saya suka kepada benda yang ada elemwn kreativiti. Prof ni seorang yang garang tau tak. Kalau kau lambat je masuk kelas, habis satu kumpulan kau takboleh present. Baru aku tahu, Prof ajar kita semua supaya bertanggungjawab dengan ahli kumpulan, belajar hormat masa orang.


Kami sayang Prof Dr Normaliza. Sapa yang tak kenal tu, mesti bagai katak bawah tempurung. Artis kot!!

Link di: https://www.instagram.com/p/B5wR_hVltfC/?igshid=qhplxvy818j5

BBM3410SATU : instagram (keberkatan)

Keberkatan itu lebih berharga dari seluruh kekayaan dunia. Dengan adanya keberkatan itu, setiap langkah menjadi sangat bermakna. Dengan adanya keberkatan itu, setiap langkah diiringi keredhoan. Kejarlah keberkatan. Setiap kejayaan yang digapai atas keberkatan, pasti akan tenang.

Tanpa keberkatan, setiap apa yang engkau kerjakan pasti tidak akan ada kepuasan dan ketenangan. Tak rasa bersalahkah engkau yang kaya dan berjaya tanpa keberkatan?

Link di : https://www.instagram.com/p/B5evciWFzfQ/?igshid=1o3cyvx7tuh40

BBM3410SATU :instagram (ibu)

Assalammualaikum kawan kawan, peekenalkan inilah ibu saya. Cinta hati saya sampai syurga. Wanita paling hebat, paling cantik, paing baik, paling penyayang dalam hidup aisyah.
Sejujurnya, sampai sekarang aisyah akan nangis rindu ibu walaupun baru berapa jam sampai kolej lepas balik rumah.
Aisyah anak sulung perempuan tunggal. Aisyah sangat rapat dgn ibu. Sejujurnya, sampai sekarang aisyah masih lagi tidur dengan ibu. Kalau aisyah balik rumah, tempat tidur aisyah mesti sebelah ibu. Walaupun dah sediakan tempat tidur dalam bilik sendiri.
Aisyah sayang ibu sangat². Ibu aisyah adalah wanita paling tabah. Sejak kecil, aisyah menjadi saksi ketabahan ibu dalam membesarkan anak anaknya. Ibu sangat baik. Nak nangis. Nak peluk ibu sekarang. 😭♥️
Aisyah nak ibu tahu, aisyah sayang ibu sampai syurga. Ibulah wanita paling cantik, paling aisyah sayang dalam hidup. Aisyah selalu doa, semoga Allah panjangkan umur ibu bapak aisyah, Allah pelihara keduanya, Allah berikan kesihatan yang baik, Allah naikkan darjat dan muliakan ibu bapak Aisyah. Aisyah sayang mereka sangat sangat

Link di: https://www.instagram.com/p/B5cEyraFrSO/?igshid=1q6rh5x5qkzg6

BBM3410SATU: instagram (kelegaan)

Ini adalah wajah kelegaan saya setelah tamat kuliah hari selasa. Aduhai, semester terakhir pun ada lagi kuliah sampai dekat maghrib.

Saya mengambil major Bahasa dan Linguistik Melayu playu dan minor Pengurusan Sumber. Saya sangat suka subjek minor saya lebih-lebih lagi subjek Labour Law, Principal Management, fundamental human resources, Personal Finance and Productivity dan Program planning and evaluation. Sebab, setelah melakukan ujian personaliti diri, aisyah seorang yang sangat suka pada pengurusan. Betul lah, aisyah sangat enjoy belajar subjek pengurusan.
Kawan-kawan, doakan aisyah ya. Semoga Aisyah mampu menjadi seorang pengurus yang baik. Amin

Link di: https://www.instagram.com/p/B5MpM14FS1Q/?igshid=14p763b2520c4

BBM3410SATU : instagram (kegembiraan)

Alhamdulillah, hari ni aisyah betul betul gembira. Sebenarnya, aisyah ni seorang yang pemalu. Masa tahun satu, aisyah sangat tak ramai kawan, tapi aisyah suka bercakap dan senyum dengan sesiapa saja aisyah jumpa walaupun dengan foreigners nigeria. (UPM ni world class tau, banyak foreigners mai blajaq sini)

Hari ni aisyah sangat gembira sebab aisyah dapat melompat dengan happy sekali bersama kawan-kawan. Sampai kena gigit api. Tengoklah Prof komen apa. Sampai hati Prof (uhukhik cryingg). Haha tapi lepas dapat noti prof komen, lagi rasa nak lompat sebab Prof kata kalau aku komen yu aku suka. Hahahaha yeayyh yahuuu Alhamdulillah ♥️ terima kasih Prof.

Link di: https://www.instagram.com/p/B5A3px0Foy5/?igshid=1ldluvoqxd3c0

BBM3410SATU : instagram (BTS vilog bersama Dr Aliaa Roslan)

Gambar ini diambil semasa kami satu kumpulan (D'rose production) membuat v-log pesta konvokesyen kali ke 43. Bertempat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, kami telah menjumpai salah seorang anak Prof Dr Normaliza. Dr. Aliaa. Sebelum tu, kami memang sudah terima tugasa, Prof Kata, kalau nak markah nonus, vari dan bergambar bersama Prof di Dewan.
Masa mula-mula tu rasa macam mustahil sebab gelah ramai kot, beribu orang dekat dewan besar tu sambut konvokesyen. Bila ternampak je Dr Alia dekat parking FBMK, kami terus serbu dan minta izin bergambar. Harap Prof bahi markah extra extra lagi lah ya. (hehehehe)
Link di: https://www.instagram.com/p/B5A3px0Foy5/?igshid=1ldluvoqxd3c0

BBM3410SATU : instagram (keredhoan)

Ini adalah satu gambar yg menggambarkan wajah keredhoan saya. Saya redho apabila saya menjadi oengarah untuk video one shot 3 layer. Saya yang memikirkan lagu, props, lokasi, babak sehingga akhirnya berjaya. Redho itu adalah bila apa yg kau rancang lepastu tak jadi, rupanya jadi lahi baik dari apa yang aisyah rancang hasil sumbangan idea kawan kawan. MasyaAllah, itulah kuasa last minute brainstorming. Apapun, ahli kumpulan saya semua awesome! Drose production! https://www.instagram.com/p/B47pCNYFq_s/?igshid=1gvn090zbdm2w

BBM3410SATU: instagram (ketenangan)


Bagi seorang gadis yang bernama Aisyah, ketenangan baginya adalah umoama ombak yg lembut beralun, tenang bergelora dan sampai saja ke tebing, busshhhh!! Hempasan air pecah kebatu. Sungguh, sangat menenangkan.

Teringat masa kem NLP 3 hari 2 malam di The Regency, Port Dickson. Aktiviti setiap pagi dengar bunyi ombak di tepi pantai. Duduklah kami sebaris dari hujung sana sampai hujung sana. Tutup mata, dengar dengan telinga. Berapa jenis bunyi ombak. Lagi banyak jenis bunyi ombak yg kita dengar, ombak dari tengaj, ombak dari tepi, ombak dari depan, bunyi angin, bunyi burung, bunyi pasir. Iti menandakan kita seorang audiotori. Seorang yg punyai kekuatan melalui pendengaran. Seornok sangat.

Pada waktu malam pula, kami buat makan makan steamboat di tepi oantai, di bawah pokok kelapa, dipayungi awan gelap, dutemani angin sejuk dan diterangi cahaya bulan dan lampu restoran tepi pantai. Seronok sangat.

Semua ini ditaja oleh wazan UPM dan harus dibayar balik dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama

Link di sini: https://www.instagram.com/p/B46OdxcluDu/?igshid=14nx4fsgskd0k

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410SATU2019; Ulasan Buku Eh Media Sosial





Buku Eh Media Sosial ini mempunyai lapan bab yang menceritakan tentang penggunaan aplikasi media sosial masa kini. Media sosial ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat yang berkesan di hujung jari yang berfungsi berasaskan capaian internet. Bab pertama menerangkan tentang penggunaan media sosial secara keseluruhan. Bab kedua menerangkan tentang penggunaan twitter dan trend masa kini. Bab ini juga menjelaskan tentang kajian mengenai twitter dalam pembelajaran dan hasilnya mendapati bahawa twitter ini mudah diakses, pantas dan efisyen serta mengandungi rangkaian maklumat terkini. Bab ketiga menerangkan tentang aplikasi facebook. Hasil kajian yang telah dilakukan menggunakan facebook mendapati bahawa facebook merupakan satu alatan yang bagus untuk pelajar melakukan interaksi pembelajaran secara atas talian. Pengajar memberikan arahan melalui facebook berbanding dengan bersemuka kerana iainya memudahkan. Bab empat menerangkan tentang penggunaan aplikasi Instagram.  Satu kajian dibuat mengenai penggunaan instagram dalam pembelajaran. Hasil kajian mendapati, instagram boleh digunakan untuk mengemaskini status tentang cerita masa kini dan akan terhapus selepas 24 jam. Ini membolehkan mereka berkongsi saat-saat yang dilalui sepanjang hari melalui insta-story tersebut. Bab lima menceritakan tentang kepentingan emel pada masa kini. Terdapat satu keperluan untuk pelajar bahasa untuk memperoleh komunikasi yang lancar menggunakan apa-apa sahaja strategi pembelajaran bahasa  kerana kurang pendedahan terhadap bahasa tersebut. Oleh itu, satu platform pembelajaran ESL dalam kelas dan emel merupakan salah satu cara untuk meningkatkan lagi kemahiran komunikasi pelajar melalui kemahiran komunikasi menggunakan bahasa inggeris melalui emel. Bab enam menerangkan tentang penggunaan blog dalam pembelajaran Blog merupakan satu bentuk perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak formal. Dalam bab ini juga diterangkan langkah-langkah membuat blog. Bab tujuh membincangkan tentang isu penggunaan media sosial dalam kalangan pengguna. Isu yang dibincangkan ialah penggunaan bahasa dan struktur ayat yang tidak mengikut peraturan semasa memuat naik status di media sosial. Isu ini tidak mungkin dapat diselesaikan jika pengguna terus-menerus menggunakan bahasa yang salah dalam media sosial. Oleh itu, pengguna media sisoal haruslah mengikut etika berbahasa ketika menggunakan laman sosial. Bab lapan menerangkan tentang implikasi pedagogi. Bab ini menerangkan tentang peranan guru dan rangka kerja serta peranan pelajar. Buku ini memberi implikasi kepada banyak pihak terutamanya guru dan pengajar. Pembelajaran masa kini haruslah mengikut arus teknologi supaya ilmu dapat disampaikan dengan pelbagai kaedah yang menarik dan interaktif. 

Rujukan; Normaliza abd Rahim dan Noraien Mansor (2017). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT
Harga: RM 60
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12kelasamali
#3Disember2019
#YangButaITLepasniDahBolehCelikDah

Hikmah Di sebalik Siang dan Malam

Bismillah. Alhamdulillah. Assalammualaikum wbt buat pembaca blog Loveby Aisyah yg dikasihi sekalian. Semoga semuanya dalam lindungan Al...