Monday, October 7, 2019

BBM3410satu2019: Ulasan Bab 6 Blog di dalam Kelas Bahasa


Menurut Normaliza Abd Rahim (2017), blog adalah perbincangan dalam bentuk formal dan informal. Blog merupakan satu platform untuk seseorang meluahkan idea atau pandangan serta berkongsi tentang bisnes mahupun minatnya.  Blog juga merupakan satu medium penceritaan atas talian yang bersifat interaktif. Pembaca blog boleh memberi pandangan mengenai sesuatu isu yang dibincangkan melalui butang komen dan penulis blog boleh memberikan pandangan tentang komen tersebut. Wang dan Woo (2008) pula mengatakan bahawa blog memberi peluang bagi pengguna menyusun maklumat, menyiarkan dan berkongsi idea, mendapat maklum dan memberi komen. Pengajaran tentang blog dalam kalangan pelajar universiti mampu memberikan semangat untuk pelajar mengasah bakat membuat penulisan kreatif. Melalui penggunaan blog, pelajar dapat mengarang cerita-cerita yang disukainya sekali gus memupuk tabiat minat menulis. Secara tidak langsung, ia akan mengasah lagi bakat penulisan kreatif dalam kalangan pelajar. Hal ini bertepatan dengan pendapat yang diutarakan oleh Levy (2009)  yang menyatakan bahawa blog menggalakkan ekspresi diri, kreativiti, pemilikan dan pembinaan kpmuniti melalui penulisan tidak formal.  Ianya member peluang kepada penulis blog menemui idea-idea baharu, perbendaharaan kata baharu yang boleh digunapakai untuk meningkatkan lagi pengetahuannya. Namun, oleh kerana penulis blog mendapat kawalan penuh keatas siaran blognya, penulis blog disarankan mengikut etika-etika penulisan blog yang tellah ditetapkan. Penulisan blog juga mampu meningkatkan keyakinan diri seperti yang diutarakan oleh Nadzrah Abu Bakal et.al (2010).


Terdapat 10  ciri penulisan yang baik dalam blog yang diutarakan oleh Normaliza Abd Rahim (2014) iaitu catchy title that bring attention to readers, interesting story that attracts readers, include funny lines and jokes to make it more interesting, best points that describe your writings, relate the writing with the latest news, simple words and sentence structure, readable and understandable for the targeted age, able to communicate with readers, moral and asthetics values in the writing andan knowledgeable for educational writings.


Penggunaan blog untuk tujuan pembelajaran sudah semakin meluas sejak kebelakangan ini. Menurut Saeed et.al (2009), pelajar di sekolah mahupun universiti sudah mula menggunakan teknologi Mereka sudah mula menginegrasikan penggunaan teknologi dalam pembelajaran melalui pelbagai saluran komunikasi.  Interaksi yang berlaku dalam blog juga dapat mendedahkan pelajar kepada bahan rujukan yang diperlukan yang tidak boleh didapati hanya dengan pembelajaran di dalam kelas seperti yang dikatakan oleh Campbell (2005).


Berdasarkan kajian-kajian tentang blog yang telah dilakukan dapat disimpulkan bahawa, lebih ramai pelajar perempuan menggunakan blog berbanding dengan pelajar lelaki. . Terdapat tiga cirri  dalam catatan blog perempuan seperti yang dikemukakan oleh Lakoffs (1975) iaitu lexical hedges, tag questions, intensifiers dan avoidance of taboo language.


No comments:

Post a Comment

Hikmah Di sebalik Siang dan Malam

Bismillah. Alhamdulillah. Assalammualaikum wbt buat pembaca blog Loveby Aisyah yg dikasihi sekalian. Semoga semuanya dalam lindungan Al...