Monday, December 9, 2019

Ketika dan Kalimat Satu 2019

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, akhirnya dah nak sampai ke penghujung semester terakhir. Selepas ni, dah tak ada lagi kuliah, tak ada lagi jumpa kawan-kawan makan sama sama, tak ada lagi berebut naik bas denhan kawan kawan dan jalan kaki pergi kelas minor di Fakulti Ekologi dan Ekonomi. Sunghuh, aisyah pasti akan rindukan saat ini.

Kenangan yang paling indah semester ini bila banyak tugasan kumpulan. Setiap minghu jumpa muka yang sama, menjadikan persahabatan ini bertambah erat. Dah mula sayang setiap ahli kumpulan bagaikan keluarga bahkan nagaikan adik dan kakak sendiri. Sunghuh, selepas ini pasti akan aisyah rindukan kenangan bersama.

Untuk kawan yang membahagiakan aisyah;
Terima kasih kerana hadir dalam hidup aisyah, terima kasih kerana menjadi peneman aisyah sepanjang menjalani liku liku hidup di UPM. Terutamanya kawan-kawan minor HR aisyah ( atirah, amirah, hafizah, nadiah, elyana, elyani, suziela, atikah) terima kasih kawan. Banyak kenangan kita. Kita rebut bas sama sama, kita pergi program orang asli sama sama, kita tidur dalam hutan sama sama. Kita makan sama sama, kita jalan kaki sambil buat lawak dan gelak sampai tersedak sama sama. Pasti suatu saat nanti, kita akan terkenangkan memori indah ini.♥️😎

Untuk pensyarah² yang telah mendidik aisyah;
Aisyah minta maaf atas segala kesalahan, ketelanjuran mahupun apa sahaja walau sekecil zarah tingkah laku aisyah yang tak menyenangkan. Aisyah mohon agar diberikan keredhaan atas segala ilmu yang dicurahkan. Tanpa ilmu daripada pensyarah semua, aisyah- bukanlah siapa siapa. Aisyah hanya mampu doa, semoga Allah berikan kebaikan sepanjang hayat, keselamatan, kenahagiaan dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah, amin.
Pensyarah yang aisyah kagumi Prof Dr Normaliza. Aisyah tak pernah stress pun dalam kursus ni. Aisyah enjoy buat tugasan setiap minhhu. Sebab aisyah sangat meminati bidang multimedia. Terima kasih Prof atas segala ilmu yanh dicurahkan ♥️😭

Untuk yang setia menemani aisyah dari zaman sekolah sampai zaman habis degree ;
huggah, lepasni kita dah susah jumpa dekat UPM, aisyah dah balik Klang, nanti kita jumpa kat Klang ya. Terima kasih kerana sentiasa ada setiap pagi ambil bawa pergi sarapan, tengah hari ambil bawa pergi lunch dan petang bawa pergi makan malam. Terima kasih juga kerana jaga aisyah dekat UPM baik baik, bawa aisyah jalan ke tasik waktu aisyah stress, belikan aisyah banyak coklat dan jajan, dan selalu ada waktu aisyah nangis, ketawa, sakit, sedih, kecewa, gembira, stress dll. I need you in in my life. Selamat menyambung disertasi. Semoga maju jaya lebih baik dari aisyah tau huggah ♥️🤗

Kenangan pahit: kereta termasuk dalam air banjir dan terkurung hampir 2 jam ibarat naik sampan sebab terapung. Dalam gelap, cahaya samar², hujan sangat lebat. Akhirnya kita berjaya selesaikan bersama² sampai pukul 1 pagi tunghu tow kereta sampai masuk kolej, lap kusyen perah air banjir malam malam, sambung jemur esok tengah hari, sabtunya kita balik klang maik tow. Tapi, inilah kenangan kita bersama. Bukti susah senang kita ada ♥️



No comments:

Post a Comment

Hikmah Di sebalik Siang dan Malam

Bismillah. Alhamdulillah. Assalammualaikum wbt buat pembaca blog Loveby Aisyah yg dikasihi sekalian. Semoga semuanya dalam lindungan Al...