Wednesday, December 4, 2019

BBM3410SATU2019; Ulasan Buku Eh Media Sosial





Buku Eh Media Sosial ini mempunyai lapan bab yang menceritakan tentang penggunaan aplikasi media sosial masa kini. Media sosial ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat yang berkesan di hujung jari yang berfungsi berasaskan capaian internet. Bab pertama menerangkan tentang penggunaan media sosial secara keseluruhan. Bab kedua menerangkan tentang penggunaan twitter dan trend masa kini. Bab ini juga menjelaskan tentang kajian mengenai twitter dalam pembelajaran dan hasilnya mendapati bahawa twitter ini mudah diakses, pantas dan efisyen serta mengandungi rangkaian maklumat terkini. Bab ketiga menerangkan tentang aplikasi facebook. Hasil kajian yang telah dilakukan menggunakan facebook mendapati bahawa facebook merupakan satu alatan yang bagus untuk pelajar melakukan interaksi pembelajaran secara atas talian. Pengajar memberikan arahan melalui facebook berbanding dengan bersemuka kerana iainya memudahkan. Bab empat menerangkan tentang penggunaan aplikasi Instagram.  Satu kajian dibuat mengenai penggunaan instagram dalam pembelajaran. Hasil kajian mendapati, instagram boleh digunakan untuk mengemaskini status tentang cerita masa kini dan akan terhapus selepas 24 jam. Ini membolehkan mereka berkongsi saat-saat yang dilalui sepanjang hari melalui insta-story tersebut. Bab lima menceritakan tentang kepentingan emel pada masa kini. Terdapat satu keperluan untuk pelajar bahasa untuk memperoleh komunikasi yang lancar menggunakan apa-apa sahaja strategi pembelajaran bahasa  kerana kurang pendedahan terhadap bahasa tersebut. Oleh itu, satu platform pembelajaran ESL dalam kelas dan emel merupakan salah satu cara untuk meningkatkan lagi kemahiran komunikasi pelajar melalui kemahiran komunikasi menggunakan bahasa inggeris melalui emel. Bab enam menerangkan tentang penggunaan blog dalam pembelajaran Blog merupakan satu bentuk perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak formal. Dalam bab ini juga diterangkan langkah-langkah membuat blog. Bab tujuh membincangkan tentang isu penggunaan media sosial dalam kalangan pengguna. Isu yang dibincangkan ialah penggunaan bahasa dan struktur ayat yang tidak mengikut peraturan semasa memuat naik status di media sosial. Isu ini tidak mungkin dapat diselesaikan jika pengguna terus-menerus menggunakan bahasa yang salah dalam media sosial. Oleh itu, pengguna media sisoal haruslah mengikut etika berbahasa ketika menggunakan laman sosial. Bab lapan menerangkan tentang implikasi pedagogi. Bab ini menerangkan tentang peranan guru dan rangka kerja serta peranan pelajar. Buku ini memberi implikasi kepada banyak pihak terutamanya guru dan pengajar. Pembelajaran masa kini haruslah mengikut arus teknologi supaya ilmu dapat disampaikan dengan pelbagai kaedah yang menarik dan interaktif. 

Rujukan; Normaliza abd Rahim dan Noraien Mansor (2017). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT
Harga: RM 60
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12kelasamali
#3Disember2019
#YangButaITLepasniDahBolehCelikDah

No comments:

Post a Comment

Hikmah Di sebalik Siang dan Malam

Bismillah. Alhamdulillah. Assalammualaikum wbt buat pembaca blog Loveby Aisyah yg dikasihi sekalian. Semoga semuanya dalam lindungan Al...