Monday, November 25, 2019

BBM3410SATU2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)



Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)
Buku Biru.





Terdapat 4 bab yang dibincangkan dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.  Bab 1 (Kajian Wacana) menerangkan tentang definisi wacana yang diutarakan oleh tokoh-tokoh seperti Asmah Haji Omar (1986), Hawthorn (1992), Fowler (1991) dan Brown & Yule (1983). Wacana merupakan ujaran bahasa sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan yang menjadikan pertuturan itu lebih bermakna dengan syarat bahasa yang digunakan haruslah bersesuaian mengikut konteks bahasa itu diujarkan. Bab 2 (Teori dan pendekatan wacana. Bab ini mengupas tentang teori-teori dan pendekatan yang digunakan untuk menganalisis wacana. Teori tersebut ialah Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983) yang menyarankan empat elemen dalam wacana iaitu Pra-andaian, Implikatur, Rujukan dan Inferens. Teori kedua ialah Teori Analisis Wacana STUBBS (1983). Teori ini menekankan linguistik wacana yang ditandai dengan 11 elemen iaitu Pendekatan linguistik wacana, kebolehramalan, fonotaktik, tatabahasa, intuisi tentang urutan wacana, kebolehramalan, kebolehramalan dan idealisasi, wacana canonical dan idealisasi, analogi dan kesimpulan. Teori ketiga ialah Teori Analisis Wacana Kritis (Vandijk, 1977) yang membahagikan analisis wacana kepada 3 elemen iaitu Struktur Makro, Struktur Mikro dan Superstruktur. Bab ini juga menerangkan Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018b). Bab 3 (Analisis wacana tekstual dan ujaran) pula menerangkan tetang analisis wacana tekstual melalui lirik lagu dan cerita sosial manakala ujaran kanak-kanak dianalisis dengan mengambil kira ujaran kanak-kanak terhadap lirik lagu dan cerita social tersebut. Keputusan perbincangan mendapati bahawa lagu-lagu yang dianalisis mempunnyai tema kekeluargaan, kemasyarakatan dan budi Bahasa.  Analisis kedua pula menunjukkan latar tempat dalam perjalanan cerita tersebut. Bab 4 (Strategi Komunikasi) menerangkan tentang strategi yang perlu digunakan semasa berkomunikasi. Strategi-strategi ini adalah penting untuk diamalkan bagi memastikan maksud yang ingin disampaikan itu dapat difahami dengan jelas. Terdapat juga eleman kesopanan dalam strategi komunikasi. Elemen kesopanan ini penting untuk diaplikasikan semasa berkomunikasi. Hal ini demikian kerana, strategi kesopanan mampu menjadikan suasana komunikasi itu lebih harmoni, mempunyai nilai hormat dan juga dapat mengelakkan perbalahan. Bab 5 menerangkan tentang Taksonomi dan pendekatan dalam strategi komunikasi. Hasil rujukan tokoh-tokoh seperti Tarone (1977), Johnestone ( 1989), Faerch & Kasper (1983), Dornyei & Scott (1977), Normaliza Abd Rahim, 2018e memperkenalkan satu pendekatan iaitu Pendekatan Strategi Komunikasi. Pendekatan ini bersesuaian dengan pendekatan-pendekatan yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh terdahulu. Pendekatan ini memperkenalkan enam strategi baharu iaitu singkatan, penafian, persoalan, perujukan, imaginasi dan kesopanan. Bab 6 menerangkan tentang Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan Kanak-kanak. Satu kajian dilakukan untuk menganalisis pendekatan strategi komunikasi dialog perbincangan 10 orang pelajar sekolah rendah yang berumur 11 dan 12 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa, Terdapat 16 strategi yang digunakan dalam dialog tersebut. Bab 7 menerangkan tentang cadangan kajian akan datang iaitu menganalisis wacana dan strategi komunikasi dalam Bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik dan media sosial.

Buku ini sangat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya pelajar bidang bahasa kerana buku ini memberikan garis panduan tentang strategi-strategi yang harus digunakan dalam komunikasi supaya komunikasi dapat  disampaikan dengan baik, jelas dan berkesan. Melalui buku ini, pembaca akan menyedari bahawa setiap ujaran yang dituturkan itu adalah menjadi tanggungjawab ke atas dirinya. Oleh itu, setiap orang haruslah mempunyai strategi komunikasi yang baik dengan menerapkan strategi kesopanan agar perkataan yang diujarkan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain, dapat megelakkan fitnah, salah faham yang akan menjurus kepada perbalahan. Oleh itu, buku ini sangat bermakna kepada saya. Buku ini menjadi panduan dalam berkomunikasi supaya komunikasi itu memmpunyai nilai hormat dan menimbulkan perasaan kasih sayang. 


Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.

Harga: RM 20 sahaja

No comments:

Post a Comment

Hikmah Di sebalik Siang dan Malam

Bismillah. Alhamdulillah. Assalammualaikum wbt buat pembaca blog Loveby Aisyah yg dikasihi sekalian. Semoga semuanya dalam lindungan Al...