Monday, November 25, 2019

BBM3410SATU2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)



Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)
Buku Biru.





Terdapat 4 bab yang dibincangkan dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi.  Bab 1 (Kajian Wacana) menerangkan tentang definisi wacana yang diutarakan oleh tokoh-tokoh seperti Asmah Haji Omar (1986), Hawthorn (1992), Fowler (1991) dan Brown & Yule (1983). Wacana merupakan ujaran bahasa sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan yang menjadikan pertuturan itu lebih bermakna dengan syarat bahasa yang digunakan haruslah bersesuaian mengikut konteks bahasa itu diujarkan. Bab 2 (Teori dan pendekatan wacana. Bab ini mengupas tentang teori-teori dan pendekatan yang digunakan untuk menganalisis wacana. Teori tersebut ialah Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983) yang menyarankan empat elemen dalam wacana iaitu Pra-andaian, Implikatur, Rujukan dan Inferens. Teori kedua ialah Teori Analisis Wacana STUBBS (1983). Teori ini menekankan linguistik wacana yang ditandai dengan 11 elemen iaitu Pendekatan linguistik wacana, kebolehramalan, fonotaktik, tatabahasa, intuisi tentang urutan wacana, kebolehramalan, kebolehramalan dan idealisasi, wacana canonical dan idealisasi, analogi dan kesimpulan. Teori ketiga ialah Teori Analisis Wacana Kritis (Vandijk, 1977) yang membahagikan analisis wacana kepada 3 elemen iaitu Struktur Makro, Struktur Mikro dan Superstruktur. Bab ini juga menerangkan Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018b). Bab 3 (Analisis wacana tekstual dan ujaran) pula menerangkan tetang analisis wacana tekstual melalui lirik lagu dan cerita sosial manakala ujaran kanak-kanak dianalisis dengan mengambil kira ujaran kanak-kanak terhadap lirik lagu dan cerita social tersebut. Keputusan perbincangan mendapati bahawa lagu-lagu yang dianalisis mempunnyai tema kekeluargaan, kemasyarakatan dan budi Bahasa.  Analisis kedua pula menunjukkan latar tempat dalam perjalanan cerita tersebut. Bab 4 (Strategi Komunikasi) menerangkan tentang strategi yang perlu digunakan semasa berkomunikasi. Strategi-strategi ini adalah penting untuk diamalkan bagi memastikan maksud yang ingin disampaikan itu dapat difahami dengan jelas. Terdapat juga eleman kesopanan dalam strategi komunikasi. Elemen kesopanan ini penting untuk diaplikasikan semasa berkomunikasi. Hal ini demikian kerana, strategi kesopanan mampu menjadikan suasana komunikasi itu lebih harmoni, mempunyai nilai hormat dan juga dapat mengelakkan perbalahan. Bab 5 menerangkan tentang Taksonomi dan pendekatan dalam strategi komunikasi. Hasil rujukan tokoh-tokoh seperti Tarone (1977), Johnestone ( 1989), Faerch & Kasper (1983), Dornyei & Scott (1977), Normaliza Abd Rahim, 2018e memperkenalkan satu pendekatan iaitu Pendekatan Strategi Komunikasi. Pendekatan ini bersesuaian dengan pendekatan-pendekatan yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh terdahulu. Pendekatan ini memperkenalkan enam strategi baharu iaitu singkatan, penafian, persoalan, perujukan, imaginasi dan kesopanan. Bab 6 menerangkan tentang Analisis Strategi Komunikasi dalam Kalangan Kanak-kanak. Satu kajian dilakukan untuk menganalisis pendekatan strategi komunikasi dialog perbincangan 10 orang pelajar sekolah rendah yang berumur 11 dan 12 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa, Terdapat 16 strategi yang digunakan dalam dialog tersebut. Bab 7 menerangkan tentang cadangan kajian akan datang iaitu menganalisis wacana dan strategi komunikasi dalam Bahasa isyarat, bahan bercetak dan bahan elektronik dan media sosial.

Buku ini sangat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya pelajar bidang bahasa kerana buku ini memberikan garis panduan tentang strategi-strategi yang harus digunakan dalam komunikasi supaya komunikasi dapat  disampaikan dengan baik, jelas dan berkesan. Melalui buku ini, pembaca akan menyedari bahawa setiap ujaran yang dituturkan itu adalah menjadi tanggungjawab ke atas dirinya. Oleh itu, setiap orang haruslah mempunyai strategi komunikasi yang baik dengan menerapkan strategi kesopanan agar perkataan yang diujarkan itu dapat memberi manfaat kepada orang lain, dapat megelakkan fitnah, salah faham yang akan menjurus kepada perbalahan. Oleh itu, buku ini sangat bermakna kepada saya. Buku ini menjadi panduan dalam berkomunikasi supaya komunikasi itu memmpunyai nilai hormat dan menimbulkan perasaan kasih sayang. 


Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.

Harga: RM 20 sahaja

Friday, November 15, 2019

BBM3410SATU : instagram liked by aliaaroslan

Assalammualaikum, hai pembaca blog yang disayangi. Hari ni Aisyah rasa bertuah sangat, teruja sangat, gembira sangat. Alhamdulillah.

Nak tahu sebab apa?
Sebab..... Jeng jeng~~


ALIAA ROSLAN LIKE DAN COMMENT DEKAT IG AISYAH!!!!

Hahaha tak percaya? Jom tengak sini: https://www.instagram.com/p/B3GFo4eBh0T/?igshid=1ba73crq2clqy






Tuesday, November 12, 2019

BBM3410SATU : facebook (pendekatan strategi komunikasi)

Assalammualaikum, hai pembaca blog kesayangan saya. Saya doakan semoga hari ini adalah hari yang baik untuk kalian semua. InsyaAllah, Amin!

Hari ini, saya nak ringkaskan tentang pendekatan-pendekatan yang digunakan dalam strategi komunikasi menurut kajian yang dilakukan oleh tokoh-tokoh.

Anda semua boleh membacanya dalam siaran Facebook saya https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=573682043396534&id=100022642290858


Monday, November 11, 2019

BBM3410SATU : facebook (kata kata motivasi by Aisyah D'rose)


Assalammualaikum.
Saya percaya, setiap orang mempunyai kata-kata semangat masing-masing yang menjadi pegangan dikala diri diuji dengan ujian dari-Nya. Hari ini, saya akan ceritakan tentang kata-kata motivasi yang saya ciptakan khas untuk diri saya dan anda semua.
.
Saya harap, anda pun sudilah berkongsi kata-kata motivasi yang membuatkan anda berasa sangat bersemangat di ruangan komen. Semoga, kita semua sentiasa menjadi seorang yang tidak berputus asa ketika ditimpa ujian yang melanda. ♥️



Noraien Mansor dan Normaliza Abdul Rahim. (2017). Boom! With Social Media. Kuala Nerus: Penerbit UMT
#BBM3410SATU2019
#ProfDrN2019Satu
#Minggu9KelasAmali
#12November2019
#AkuMenangisBuatTugasanNi

BBM3410SATU : twitter (Pendekatan Analisis Wacana oleh Prof Dr Normaliza)

Assalammualaikum. Hari ini saya rasa sangat berbangga kerana saya menulis satu siaran tentang pensyarah subjem Muktimedia dalam bahasa saya. Saya amat meminati beliau kerana cara percakapannya yang bersahaja, adakalanya garang tapi ada kelakar. Saya sangat menghormati beliau dan sangat kagum dengan ilmu ilmu yang disampaikan oleh beliau. Beliau jugalah antara pensyarah yang menghantui hidup saya detiap minggu. Namun, saya amat menyayanginya.

Mari baca siaran di akaun twitter saya https://twitter.com/aisyhhh3/status/1187261005056790528?s=19


BBM3410SATU: twitter (Cerita Alim dan Jiran)

Assalammualaikum pembaca blog yang dikasihi lagi disayangi sekalian. Hari ini saya ada membuat satu siaran di akaun twitter saya yang bertajuk Alim dan Jiran.

Percayalah bahawa watak Alim ini sangatlah comel. Sangatlah gembira dan teruja bila membacanya. Marilah saksikan di akaun twitter saya https://twitter.com/aisyhhh3/status/1187254295499964421?s=19


BBM3410SATU : twitter (Cerita pendek by Aisyah D'rose)

Assalammualaikum pembaca blog yang disayangai sekalian. Hari ini saya ada membuat satu twit tentang kisah pendek saya bersama dengan orang yang saya sayangi. Setiap orang mesti ada seseorang yang dia paling sayang kan. Tanpa dia, mungkin hidup kita akan bosan, akan sunyi akan suram. Maka, marilah saksikan cerita daya dan dia di https://twitter.com/aisyhhh3/status/1184491798959276032?s=19


BBM3410SATU : Twitter (Retweet Berita dan Post by Aisyah D'rose)

Hai Assalammualaikkum pembaca blog yang disayangi. Terima kasih sangat sangat kerana masih sudi membaca coretan di laman blog saya yang tidak seberapa ini. InsyaAllah, saya akan perbaiki lagi pada setiap siaran selanjutnya. Terima kasih!

Hari ini saya ditugaskan untuk me-re-tweet 5 berita dan 5 siaran dari akaun twitter lain. Baru saya tahu, rupanya kita boleh Retweet tanpa komen dan Retweet dengan menambah komen. Ha, bagusnya kelas multimedia dalam bahasa ni. Terima kasih Prof Dr Normaliza, terima kasih Encik Akmal. Haha.
Mari tengok di https://twitter.com/aisyhhh3/status/1187271294011625472?s=19


BBM3410SATU (twitter: cerita Alim dan Keluarga)

Assalammualaikum pembaca blog yang budiman sekalian. Hari ini saya ingin bercerita tentang seorang budak lelaki yang bernama Alim. Sangat seronok cerita ini. Percayalah! Rugi tau siapa yang tak membacanya. Cerita tentang Alim ini saya tuliskan dalam bebemang twitter saya.oh sebelum itu, marilah follow akaun twitter saya Take a look at aisyhhh (@aisyhhh3): https://twitter.com/aisyhhh3?s=09

Mari baca cerita tentang Alim di sini https://twitter.com/aisyhhh3/status/1183963824795213824?s=19



BBM3410SATU (facebook: My Degree Life Story - Aisyah D'rose)


Assalammualaikkum pembaca budiaman sekalian. Terima kasih kerana tidak pernah jemu untuk membaca penulisan di blog saya sampailah ke hari ini. Semoga Allah merahmati kalian semua. 

Hari ini, saya nak ceritakan tentang apa yang saya buat sepanjang hari semasa berada di UPM. Yelah, sebab kurang lagi 2 bulan, saya akan meninggalkan zaman degree. Banyak sangat kenangan. Yang paling seronok ialah semasa kelang kabut tak cukup rehat, tak cukup tidur semata mata demi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof Dr N. Kami diajar untuk reda menerima setiap tugasan demi tugasan yang diberikan. Haha KAMI REDA. 
Sejujurnya, saya sangat meminati kursus ini kerana melalui tugasan yabg diberikan, saya menjumpai potensi diri saya. Hehe, jom tengok apa yang saya lalui sepanjang berada di UPM yang saya coretkan dalam laman muka buku https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=568332070598198&id=100022642290858

BBM3410SATU : facebook ( Pantun 2 rangkap) Aisyah D'rose

Pagi-pagi pergi pekan, 
Terjumpa pula anak Pak Leman, 
Assalammualaikum saya ucapkan, 
Kepada pembaca blog yang budiman. 

Hari ini saya ditugaskan untuk menulis 2 rangkap pantun dan membalas pula 5 buah pantun kepada 5 rakan sekelas saya. Kelakar, nakbtergelak pun ada, terasa bangga bila dipuji pun ada. Nak tahu pantun apa yabg ditulis dan dikomen? Mari lah tengok di laman Facebook saya https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=568326967265375&id=100022642290858




BBM3410SATU :Facebook (Rumusan Strayegi Komunikasi) Aisyah D'rose

Assalammualaikum. Hari ini saya diberikan tugasan untuk membuat ringkasan Bab 4: Strategi komunikasi. Rupanya, baru saya oerasan bahawa pertuturan manusia itu adalah hasil daripada strategi-strategi yang dilakukan sebelum ujaran itu dituturkan. Sangat menarik. Strategi komunikasi inilah yang memandu setiap ujaran kita agar dapat difahami oleh pendengar, dapat mencerminkan nilai keperibadian. Bari baca tentang strategi komunikasi dekat laman Facebook saya di https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=568363187261753&id=100022642290858

Fb: Loveby Aisyah 







BBM3410SATU : youtube One Shot Two Layer Aisyah D'rose




Assalammualaikkum. Hai korang, korang semua WAJIB tonton video ni kalau nak nampak saya menyanyi. Haha, sebenarnya ini pengalaman saya menyanyi walaupun hanya miming. YaAllah, tak sangka muka saya seteruk iti kalau tengah feeling masa nyanyi. 
Apa lagi? Mari lah tonton https://youtu.be/JSI6nzqLSqQ


BBM3410SATU : youtube One Shot Aisyah D'rose




Assalammualaikkum, hai jumpa lagi. Ingat aisyah, ingatlah tugasan Multimedia Prof Dr. Normaliza. 

Baiklah, tugasan kali ini berkaitan dengan asas membuat video. Video pertama yang kami buat ialah ONE SHOT. Nak tahu apa itu one shot? 
Marilah tonton video ni:https://youtu.be/_yyrCsPwqmA

Sebenarnya, salam banyak banyak video, video kali ni aisyah rasa aisyah dapat kecaman paling hebat sampai nak bergaduh. Hanya disebabkan salah faham yabg berlaku dari pihak **** tentang tempahan Black Box Theatre. Alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan dilaporkan, cuma hati sesikit terkoyak. Tapi, Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar.

Untik video hutang ni, kami berlatih bersubgguh sungguh. Selagi jam tak pukul 12 tengah malam, selagi itu tak ada siapa dibenarkan keluar sari surau. Semua kena berlatih. Kena kunci hahah!

Alhamdulillah, video kami THE BEST

BBM3410SATU: youtube Flat Lay Aisyah D'rose





Hai Assalammualaikkum, haha jumpa lagi dalam blog kali ni. Memang tak ada benda lain nak cerita, mesti tugasan Multimedia hahah. Harap anda semua dapat reda sebagaimana kami juga reda. 

Untuk video kali ji, aisyah rasa paling banyak cabaran, paling banyak pengorbanan yang aisyah buat. Sebenarnya masa ni aisyah demam. Badan terasa sejuk tapi dalam badan terasa panas. Tapi, demi tugasan ni, aisyah buat yabg terbaik. Terbaring tergolek semua lah hahah! 

Bukan itu saja, semata mata nak siapkan tugasan ni, aisyah masuk lambat ke kelas kewangan. Nasib baik pensyarah tu tak marah. 

Marilah saksikan pengorbanan aisyah dalam video ni. 

Ha lagi satu, lepas tanyangkan video ni dalam kelas, Prof puji! SATA SANGAT PUAS HATI!. Weh aku rasa nak terbang tibggi masa tu hahaha. Okay saksikanlah: https://youtu.be/N1sP84enhBY



BBM3410SATU. Youtube Fotografi 4 : Simpulan Bahasa Aisyah D'rose




Assalammualaikkum, haha saya harap anda semua tidak jemu, muak dan nak termuntah bila saya asyik nak post tentang tugasan. Saya Reda! 

Kali ni merupakan fotografi yang keempat. Kami ditugaskan untuk melakonlan watak yang menggambarkan simpulan bahasa. 
Ingan tahu apa simpulan bahasa yang kami pilih? 


Mencabar sangat buat video ni. Pagi-pagi dah keluar ke belakang kolej untuk shoot. Disebabkan bilik aisyah bawah sekali, aisyah lah yang kena angkut semua props yang boleh digunakan dari bilik ke belakang kolej. Eh, kalau Prof tak bagi A, tak tahu lah nak kata apa. Apa lagi, mari saksikan!

BBM3410SATU youtube fotografi 3: Potret Aisyah D'rose





Hai Assalammualaikum, berjumpa lagi kita untuk fotografi kali yang ketiga. Kali ni saya dah mula rasa seronok sebab kita akan pergi bershooting dengan rakan rakan di Bukit Expo. Siapa sangka. Perancangan dengan perasaan teruja berakhir dengan balik dalam keadaan berpeluh, pucat dan tak ada tenanga seab shoot di Bukit Expo yang panas, jalan kaki dari Kolej 12. Tapi, saya bersyukur sangat sebab melalui tugasan inilah kita dapat mengenali ahli kumpulan kita dengan lebih dalam lagi. Kenali pereatakannya, kenali perangainya, kenali kelemahan dan kelebihannya. Seronok sangat. 

Jomlah saksikan video ni. Jangan lupa like tau. ♥️



BBM3410SATU : youtube Fotografi 2 Aisyah D'rose




Assalammualaikkum, hai. 
Hari ini saya berasa sangat gembira untuk memperkenalkan ahli kumpulan saya dalam usaha sama menyiapkan tugasan Multimedia yabg banyaknsetiap minggu. Sesungguhnya, saya reda. 

Asal usul nama kumpulan kami ini sebenarnya begini. Oleh disebabkan ahli kumpulan kami terdiri dari sebelas orang wanita, kami signifikankan wanita itu dengan lambang bunga. Dan kami berikan nama bunga ros. Kerana, bunga ros ini mempunyai oelbagai warna, mencerminkan kepelbagaian perangai ahli kumpulan kami. Bunga ros ini selalunya bertangkai kurus, berbunga (berkepala) besar melambangkan setiap ahli kumpulan kami mempunyai idea yang sangat bernas untuk menjayakan sesuatu rakaman video. San bunga ros ini juga berduri melambangkan kami bukan mudah untuk dihinggapi dan pergi bergitu sahaya. Kami terpelihara. Hehe

Kami sayang setiao ahli kumpulan kami. Walaupun kami dikecam, kami tetap teguh berjuang♥️

Untuk video Fotografi ini, kami ditugaskan untuk mengambil gambar dari pelbagai sisi. Nak tahu? Marilah tonton. 
Cantik sangat gambar sampai Prof. Tak percaya kami yg shoot. Kami Reda lagi 😂



Friday, November 1, 2019

BBM3410SATU- FOTOGRAFI 6 FLAT LAY INDIVIDU

Hai Assalammualaikkum,
Minggu ni saya diberikan tugasan untuk mengambil sebanyak 44 gambar flat lay makanan.

Flat lay ni ada 4

  1. Flat Lay (90°)
  2. Half Flat Lay (45°)
  3. Quarter Flat Lay (22.5°)
  4. Zero Flat Lay (0°)
Jomlah tonton di channel youtube saya:
https://youtu.be/0dHxmpbjYGo 

Selamat menonton dan terima kasih! 


Hikmah Di sebalik Siang dan Malam

Bismillah. Alhamdulillah. Assalammualaikum wbt buat pembaca blog Loveby Aisyah yg dikasihi sekalian. Semoga semuanya dalam lindungan Al...