Sunday, December 8, 2019

BBM3410SATU :instagram (ibu)

Assalammualaikum kawan kawan, peekenalkan inilah ibu saya. Cinta hati saya sampai syurga. Wanita paling hebat, paling cantik, paing baik, paling penyayang dalam hidup aisyah.
Sejujurnya, sampai sekarang aisyah akan nangis rindu ibu walaupun baru berapa jam sampai kolej lepas balik rumah.
Aisyah anak sulung perempuan tunggal. Aisyah sangat rapat dgn ibu. Sejujurnya, sampai sekarang aisyah masih lagi tidur dengan ibu. Kalau aisyah balik rumah, tempat tidur aisyah mesti sebelah ibu. Walaupun dah sediakan tempat tidur dalam bilik sendiri.
Aisyah sayang ibu sangat². Ibu aisyah adalah wanita paling tabah. Sejak kecil, aisyah menjadi saksi ketabahan ibu dalam membesarkan anak anaknya. Ibu sangat baik. Nak nangis. Nak peluk ibu sekarang. 😭♥️
Aisyah nak ibu tahu, aisyah sayang ibu sampai syurga. Ibulah wanita paling cantik, paling aisyah sayang dalam hidup. Aisyah selalu doa, semoga Allah panjangkan umur ibu bapak aisyah, Allah pelihara keduanya, Allah berikan kesihatan yang baik, Allah naikkan darjat dan muliakan ibu bapak Aisyah. Aisyah sayang mereka sangat sangat

Link di: https://www.instagram.com/p/B5cEyraFrSO/?igshid=1q6rh5x5qkzg6

BBM3410SATU: instagram (kelegaan)

Ini adalah wajah kelegaan saya setelah tamat kuliah hari selasa. Aduhai, semester terakhir pun ada lagi kuliah sampai dekat maghrib.

Saya mengambil major Bahasa dan Linguistik Melayu playu dan minor Pengurusan Sumber. Saya sangat suka subjek minor saya lebih-lebih lagi subjek Labour Law, Principal Management, fundamental human resources, Personal Finance and Productivity dan Program planning and evaluation. Sebab, setelah melakukan ujian personaliti diri, aisyah seorang yang sangat suka pada pengurusan. Betul lah, aisyah sangat enjoy belajar subjek pengurusan.
Kawan-kawan, doakan aisyah ya. Semoga Aisyah mampu menjadi seorang pengurus yang baik. Amin

Link di: https://www.instagram.com/p/B5MpM14FS1Q/?igshid=14p763b2520c4

BBM3410SATU : instagram (kegembiraan)

Alhamdulillah, hari ni aisyah betul betul gembira. Sebenarnya, aisyah ni seorang yang pemalu. Masa tahun satu, aisyah sangat tak ramai kawan, tapi aisyah suka bercakap dan senyum dengan sesiapa saja aisyah jumpa walaupun dengan foreigners nigeria. (UPM ni world class tau, banyak foreigners mai blajaq sini)

Hari ni aisyah sangat gembira sebab aisyah dapat melompat dengan happy sekali bersama kawan-kawan. Sampai kena gigit api. Tengoklah Prof komen apa. Sampai hati Prof (uhukhik cryingg). Haha tapi lepas dapat noti prof komen, lagi rasa nak lompat sebab Prof kata kalau aku komen yu aku suka. Hahahaha yeayyh yahuuu Alhamdulillah ♥️ terima kasih Prof.

Link di: https://www.instagram.com/p/B5A3px0Foy5/?igshid=1ldluvoqxd3c0

BBM3410SATU : instagram (BTS vilog bersama Dr Aliaa Roslan)

Gambar ini diambil semasa kami satu kumpulan (D'rose production) membuat v-log pesta konvokesyen kali ke 43. Bertempat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, kami telah menjumpai salah seorang anak Prof Dr Normaliza. Dr. Aliaa. Sebelum tu, kami memang sudah terima tugasa, Prof Kata, kalau nak markah nonus, vari dan bergambar bersama Prof di Dewan.
Masa mula-mula tu rasa macam mustahil sebab gelah ramai kot, beribu orang dekat dewan besar tu sambut konvokesyen. Bila ternampak je Dr Alia dekat parking FBMK, kami terus serbu dan minta izin bergambar. Harap Prof bahi markah extra extra lagi lah ya. (hehehehe)
Link di: https://www.instagram.com/p/B5A3px0Foy5/?igshid=1ldluvoqxd3c0

BBM3410SATU : instagram (keredhoan)

Ini adalah satu gambar yg menggambarkan wajah keredhoan saya. Saya redho apabila saya menjadi oengarah untuk video one shot 3 layer. Saya yang memikirkan lagu, props, lokasi, babak sehingga akhirnya berjaya. Redho itu adalah bila apa yg kau rancang lepastu tak jadi, rupanya jadi lahi baik dari apa yang aisyah rancang hasil sumbangan idea kawan kawan. MasyaAllah, itulah kuasa last minute brainstorming. Apapun, ahli kumpulan saya semua awesome! Drose production! https://www.instagram.com/p/B47pCNYFq_s/?igshid=1gvn090zbdm2w

BBM3410SATU: instagram (ketenangan)


Bagi seorang gadis yang bernama Aisyah, ketenangan baginya adalah umoama ombak yg lembut beralun, tenang bergelora dan sampai saja ke tebing, busshhhh!! Hempasan air pecah kebatu. Sungguh, sangat menenangkan.

Teringat masa kem NLP 3 hari 2 malam di The Regency, Port Dickson. Aktiviti setiap pagi dengar bunyi ombak di tepi pantai. Duduklah kami sebaris dari hujung sana sampai hujung sana. Tutup mata, dengar dengan telinga. Berapa jenis bunyi ombak. Lagi banyak jenis bunyi ombak yg kita dengar, ombak dari tengaj, ombak dari tepi, ombak dari depan, bunyi angin, bunyi burung, bunyi pasir. Iti menandakan kita seorang audiotori. Seorang yg punyai kekuatan melalui pendengaran. Seornok sangat.

Pada waktu malam pula, kami buat makan makan steamboat di tepi oantai, di bawah pokok kelapa, dipayungi awan gelap, dutemani angin sejuk dan diterangi cahaya bulan dan lampu restoran tepi pantai. Seronok sangat.

Semua ini ditaja oleh wazan UPM dan harus dibayar balik dengan mendapat Ijazah Kelas Pertama

Link di sini: https://www.instagram.com/p/B46OdxcluDu/?igshid=14nx4fsgskd0k

Wednesday, December 4, 2019

BBM3410SATU2019; Ulasan Buku Eh Media Sosial





Buku Eh Media Sosial ini mempunyai lapan bab yang menceritakan tentang penggunaan aplikasi media sosial masa kini. Media sosial ini berfungsi untuk menyampaikan maklumat yang berkesan di hujung jari yang berfungsi berasaskan capaian internet. Bab pertama menerangkan tentang penggunaan media sosial secara keseluruhan. Bab kedua menerangkan tentang penggunaan twitter dan trend masa kini. Bab ini juga menjelaskan tentang kajian mengenai twitter dalam pembelajaran dan hasilnya mendapati bahawa twitter ini mudah diakses, pantas dan efisyen serta mengandungi rangkaian maklumat terkini. Bab ketiga menerangkan tentang aplikasi facebook. Hasil kajian yang telah dilakukan menggunakan facebook mendapati bahawa facebook merupakan satu alatan yang bagus untuk pelajar melakukan interaksi pembelajaran secara atas talian. Pengajar memberikan arahan melalui facebook berbanding dengan bersemuka kerana iainya memudahkan. Bab empat menerangkan tentang penggunaan aplikasi Instagram.  Satu kajian dibuat mengenai penggunaan instagram dalam pembelajaran. Hasil kajian mendapati, instagram boleh digunakan untuk mengemaskini status tentang cerita masa kini dan akan terhapus selepas 24 jam. Ini membolehkan mereka berkongsi saat-saat yang dilalui sepanjang hari melalui insta-story tersebut. Bab lima menceritakan tentang kepentingan emel pada masa kini. Terdapat satu keperluan untuk pelajar bahasa untuk memperoleh komunikasi yang lancar menggunakan apa-apa sahaja strategi pembelajaran bahasa  kerana kurang pendedahan terhadap bahasa tersebut. Oleh itu, satu platform pembelajaran ESL dalam kelas dan emel merupakan salah satu cara untuk meningkatkan lagi kemahiran komunikasi pelajar melalui kemahiran komunikasi menggunakan bahasa inggeris melalui emel. Bab enam menerangkan tentang penggunaan blog dalam pembelajaran Blog merupakan satu bentuk perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal mahupun tidak formal. Dalam bab ini juga diterangkan langkah-langkah membuat blog. Bab tujuh membincangkan tentang isu penggunaan media sosial dalam kalangan pengguna. Isu yang dibincangkan ialah penggunaan bahasa dan struktur ayat yang tidak mengikut peraturan semasa memuat naik status di media sosial. Isu ini tidak mungkin dapat diselesaikan jika pengguna terus-menerus menggunakan bahasa yang salah dalam media sosial. Oleh itu, pengguna media sisoal haruslah mengikut etika berbahasa ketika menggunakan laman sosial. Bab lapan menerangkan tentang implikasi pedagogi. Bab ini menerangkan tentang peranan guru dan rangka kerja serta peranan pelajar. Buku ini memberi implikasi kepada banyak pihak terutamanya guru dan pengajar. Pembelajaran masa kini haruslah mengikut arus teknologi supaya ilmu dapat disampaikan dengan pelbagai kaedah yang menarik dan interaktif. 

Rujukan; Normaliza abd Rahim dan Noraien Mansor (2017). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT
Harga: RM 60
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu12kelasamali
#3Disember2019
#YangButaITLepasniDahBolehCelikDah

Hikmah Di sebalik Siang dan Malam

Bismillah. Alhamdulillah. Assalammualaikum wbt buat pembaca blog Loveby Aisyah yg dikasihi sekalian. Semoga semuanya dalam lindungan Al...