Etika Penulisan Blog.
Melalui buku "Boom! with Social Media" karya Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim, etika penulisan blog dinyatakan dari segi aspek yang berikut;
1. Pemilihan Kata
Untuk menghasilkan sebuah blog yang berkualiti, penulis blog harus menitik beratkan pemilihan kata yang bersesuaian dengan tajuk. Pemilihan kata ini harusah bersifat umum dan dapat difahami oleh setiap peringkat umur. Jika terdapat perkataan-perkataan yang sukar difahami, penulis sebaiknya menerangkan dengan menggunakan ayat yang mudah difahami atau sebolehnya sertakan pautan untuk pembaca memahami perkataan itu dengan lebih mendalam lagi.
2. Struktur ayat.
Penulis blog haruslah mengetahui peringkat umur pembaca sasaran. Hal ini kerana, penulis perlu membuat keputusan tentang struktur ayat yang bagaimanakah harus digunakan dalam penulisan untuk menyampaikan mesej kepada pembaca sasaran agar dapat difahami isinya. Struktur ayat haruslah mudah, senang difahami, tidak meleret-leret dan tidak terlampau berbunga-bunga yang boleh menyebabkan pembaca hilang fokus.
3. Mengikut peraturan tatabahasa.
Tidak dinafikan, penulisan blog juga menyumbang kepada masalah bahasa seperti percampuran kod, penciptaan bahasa-bahasa baru yang menyalahi peraturan bahasa. Oleh yag demikian, setiap penulis bertanggungjawab atas setiap butir perkkataann yang digunakan. Hal ini kerana, melalui penulisan blog, pembaca berkecenderungan menulis mengikut gaya penulis blog itu sendiri.
4. Sensitiviti politik dan keagamaan.
Setiap penulisan yang disiarkan di blog adalah dilarang sama sekali membangkitkan isu-isu sensitif terutamanya yang menyentuh tentang keagamaan dan politik. Hal ini kerana, isu sebegini memberi implikasi yang buruk jika ditularkan dan lebih parah bila ianya mampu menghasut masyarakat sehingga tercetusnya pergaduhan. Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut.
5. Bahasa Kasar
Penuisan blog yang menggunakan bahasa yang kasar adalah dilarang sama sekali. Pengunaan bahasa kasar di dalam blog akan mencerminkan sikap buruk penulis blog seterusnya boleh juga mencetuskan pergaduhan dalam kalangan penulis blog mahupun pembaca. Hal ini kerana, bahasa kasar secara umumnya adalah bahasa yang mampu mengguris dan menyebabkaa rasa sakit hati. Oleh itu, penulis dinasihatkan gar elak menggunakan bahasa kasar dalam penulisan blog.
6. Ugutan
Setiap penulis blog adalah dilarang sama sekali menulis dan menyiarkan siaran yang mengandungi mesej uguta. Hal ini akan memberikan rasa takut kepada pembaca ataupun ppihak tertentu. Ini akan menyumbang kepada suasana tidak aman. Penulis juga boleh dikenakaan tindakan oleh piihak berkuasa kerana menulis tentang ugutan.
7. Fitnah
Penulis blog adalah dilarang sama sekali menyebarkan penulisan yang bersifat fitnah. Penulisan sebegini akan menjatuhkan maruah seseorang dan menyebabkan terjadinya salah faham yang akan menggugat keselamatan, keharmonian masyarakat. Oleh yang demikian, penulis harus mengelakkan daripada menulis sesuatu siaran yang belum pasti kesahihannya.
8. Gambar
Penulis dinasihatkan agar meletakkan "water mark" dalam setiap foto yang dimuat naik ke dalam blog. Ini merupakan langkah keselamatan bagi mengelakkkan gambar tersebut disalahguna oleh pihak lain. Penggunaan "water mark" dalam foto yang dimuat naik juga melambangkkan bahawa penulis bertanggungjawab keatas foto yang dimuat naik itu.
9. Kajian
Penulis disarankan unntuk mengkaji dahulu sesuatu penulisan sebelum menyiarkannya di dalam blog. Hal ini kerana, blog sering digunakan untuk mencari maklumat yang sah. Oleh yang demikian, penulis harus mengkaji terlebih dahulu sesuatu perkara, setelah disahkan benar, barulah penulis boleh menyiarkannya di dalam blog.
No comments:
Post a Comment