Tanggal 25 Ogos tahun 1996, lahirlah seorang puteri sulung hasil perkahwinan antara Encik Dzulkifli bin Mohd Hanafiah dan Puan Norasidah binti Baharuddin. Kelahirannya disambut dengan sangat meriah tanda bahagia besar akan hadir dalam kehidupan sebuah keluarga kecil ini. Puteri yang comel gebu ini diberikan nama Siti Aisyah bersempena dengan nama isteri kesayangan Nabi Muhammad SAW, Saidatina Aisyah RA.
Si kecil Aisyah ini merupakan seorang kanak-kanak yang periang, gemar melakukan aktiviti lasak dan gemar berkongsi bercerita tentang hari-hari yang dilaluinya. Pada tahun ini , 2019, Aisyah telahpun berumur 23 tahun, menuntut di Universiti Putra Malaysia. Aisyah merupakan seorang pelajar dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi mengambil Bachelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Semester ini merupakan semester terakhir Aisyah menuntut di UPM dan Aisyah berasa sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk mengambil subjek Multimedia dalam Bahasa di bawah seliaan Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.
Diharapkan melalui subjek ini, seorang mahasiswa yang kian meningkat dewasa ini akan mahir menggunakan media sosial untuk berkongsi dan menyebarkan kebaikan kepada setiap manusia yang membacanya. Seiring dengan berkembangnya tekologi, golongan muda seakan tidak boleh dipisahkan daripada gadjet. Semestinya mereka sangat rapat sehingga tidak boleh dipisahkan lagi dengan media sosial. Oleh yang demikian, dengan asbab mengambil subjek ini, seorang Aisyah yang pendiam di dunia luar tetapi becok di alam siber mampu menyebarkan nasihat-nasihat kebaikan yang akan menjentik, menyentuh dan membelai setiap jiwa insan yang membacanya. Semuanya bermula dengan niat. Jika kita berniat hanya kerana Allah, InsyaAllah, Allah akan mudahkan semuanya.
Semoga berjumpa lagi di lain siaran. Semoga Allah merahmati kalian semua.
Assalammualaikum!
No comments:
Post a Comment