Sunday, October 20, 2019
Monday, October 7, 2019
BBM3410satu2019: Ulasan Bab 6 Blog di dalam Kelas Bahasa
Menurut
Normaliza Abd Rahim (2017), blog adalah perbincangan dalam bentuk formal dan
informal. Blog merupakan satu platform untuk seseorang meluahkan idea atau
pandangan serta berkongsi tentang bisnes mahupun minatnya. Blog juga merupakan satu medium penceritaan
atas talian yang bersifat interaktif. Pembaca blog boleh memberi pandangan
mengenai sesuatu isu yang dibincangkan melalui butang komen dan penulis blog
boleh memberikan pandangan tentang komen tersebut. Wang dan Woo (2008) pula
mengatakan bahawa blog memberi peluang bagi pengguna menyusun maklumat,
menyiarkan dan berkongsi idea, mendapat maklum dan memberi komen. Pengajaran
tentang blog dalam kalangan pelajar universiti mampu memberikan semangat untuk
pelajar mengasah bakat membuat penulisan kreatif. Melalui penggunaan blog,
pelajar dapat mengarang cerita-cerita yang disukainya sekali gus memupuk tabiat
minat menulis. Secara tidak langsung, ia akan mengasah lagi bakat penulisan
kreatif dalam kalangan pelajar. Hal ini bertepatan dengan pendapat yang
diutarakan oleh Levy (2009) yang
menyatakan bahawa blog menggalakkan ekspresi diri, kreativiti, pemilikan dan
pembinaan kpmuniti melalui penulisan tidak formal. Ianya member peluang kepada penulis blog
menemui idea-idea baharu, perbendaharaan kata baharu yang boleh digunapakai
untuk meningkatkan lagi pengetahuannya. Namun, oleh kerana penulis blog
mendapat kawalan penuh keatas siaran blognya, penulis blog disarankan mengikut
etika-etika penulisan blog yang tellah ditetapkan. Penulisan blog juga mampu
meningkatkan keyakinan diri seperti yang diutarakan oleh Nadzrah Abu Bakal
et.al (2010).
Terdapat
10 ciri penulisan yang baik dalam blog
yang diutarakan oleh Normaliza Abd Rahim (2014) iaitu catchy title that bring attention to readers, interesting story that
attracts readers, include funny lines and jokes to make it more interesting,
best points that describe your writings, relate the writing with the latest
news, simple words and sentence structure, readable and understandable for the
targeted age, able to communicate with readers, moral and asthetics values in
the writing andan knowledgeable for educational writings.
Penggunaan
blog untuk tujuan pembelajaran sudah semakin meluas sejak kebelakangan ini.
Menurut Saeed et.al (2009), pelajar di sekolah mahupun universiti sudah mula
menggunakan teknologi Mereka sudah mula menginegrasikan penggunaan teknologi
dalam pembelajaran melalui pelbagai saluran komunikasi. Interaksi yang berlaku dalam blog juga dapat mendedahkan
pelajar kepada bahan rujukan yang diperlukan yang tidak boleh didapati hanya
dengan pembelajaran di dalam kelas seperti yang dikatakan oleh Campbell (2005).
Berdasarkan
kajian-kajian tentang blog yang telah dilakukan dapat disimpulkan bahawa, lebih
ramai pelajar perempuan menggunakan blog berbanding dengan pelajar lelaki. .
Terdapat tiga cirri dalam catatan blog
perempuan seperti yang dikemukakan oleh Lakoffs (1975) iaitu lexical hedges, tag questions, intensifiers dan
avoidance of taboo language.
Tuesday, October 1, 2019
BBM3410Satu: Bird's Eye View (D'Rose Production)
Pandangan mata burung adalah pemandangan yang tinggi dari objek di atas, dengan perspektif seolah-olah pemerhati adalah burung, yang sering digunakan dalam pembuatan pelan rangka, pelan lantai, dan peta.
BBM3410Satu: Over The Shoulder (D'Rose Production)
Over The Shoulder merupakan satu teknik fotografi apabila kamera berada di belakang satu watak dan menghadap ke arah lain, maka bahu dan belakang satu watak akan menghadap penonton.
BBM3410Satu2019: Mug Shot (D'Rose Production)
Mug Shot merupakan satu teknik fotografi yang biasanya digunakan oleh polis-polis untuk menangkap gambar penjenayah. Gambar ini diambil dari paras kepala hingga bahu dan dari jarak dekat untuk menampakkan keseluruha raut wajah individu tersebut.
- Mug Shot Perasaan Sedih
- Mug Shot Perasaan Marah
- Mug Shot Perasaan Gembira
BBM3410Satu: Medium Shot (D'Rose Prooduction)
Medium Shot merupakan satu teknik fotografi yang diambil dari jarak sederhana. Ianya merupakan teknik fotografi yang menangkap gambar separuh pemandangan dan separuh objek dari arah yang sederhana.
- Medium Shot Manusia
Lokasi: Bukit Expo, Universiti Putra Malaysia
Model: Ahli D'Rose Production
- Medium Shot Pemandangan dan Manusia
BBM3410Satu: Long Shot (D'Rose Production)
Long Shot merupakan satu teknik fotografi yang mengambil gambar pemandangan yang jauh dan luas. Tujuannya adalah untuk memperlihatkan keadaan persekitaran yag luas di dalam sekeping gambar .
- Long Shot Pemandangan
Long Shot Pemandangan di jalan Bukit Expo, Universiti Putra Malaysia |
Long shot di sekitar kawasan Bukit Expo, Universiti Putra Malaysia |
Long Shot di sebuah jeti di Perkampungan Nelayan |
- Long Shot Pemandangan dan Manusia
Lokasi: Bukit Expo, Universiti Putra Malaysia
Model: Ahli D'Rose Production
BBM3410Satu: Close Up 3 Manusia dan 3 Bukan Manusia ( D'Rose Production)
Close up adalah teknik fotografi yang digunakan untuk mengambil potret manusia. Gambar ini akan diambil dari paras hujung kepala hingga bahu. Tujuan teknik close up ini adalah untuk memfokuskan objek sasaran dan menjadikannya satu – satu objek yang ada dalam foto tersebut. Foto close up diambil melalui paras mata, namun kita dapat merubah foto close up menjadi foto yang lebih menarik denngan mengubah paras sudutnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hikmah Di sebalik Siang dan Malam
Bismillah. Alhamdulillah. Assalammualaikum wbt buat pembaca blog Loveby Aisyah yg dikasihi sekalian. Semoga semuanya dalam lindungan Al...
-
Bismillah. Alhamdulillah. Assalammualaikum wbt buat pembaca blog Loveby Aisyah yg dikasihi sekalian. Semoga semuanya dalam lindungan Al...
-
Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019) Buku Biru. Terdapat 4 bab yang di...
-
Lagu & Lirik : Prof.Dr. Normaliza Abd Rahim Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia Tajuk: Saya Faham Saya kata "Ap...